Wednesday 18 November 2015

2

Dia wajar dapat pujian kerana dia sangat istimewa. Sakit tangan akibat dari masalah trigger thumb pada usia 4 tahun. Tapak tangannya akan menjadi kebas dan sakit terutamanya selepas menulis. Terima kasih kepada juruterapi Klinik Kesihatan Kerteh, Puan Eliyana & Cik Fauzan atas tunjuk ajar.

Dalam kepayahan ini, A untuk matapelajaran yang berasaskan penulisan, Ayah sangat bangga kepadamu.

Dalam kesakitan ini juga, dia mampu menghasilkan blog karangan Bahasa Malaysia (http://karanganskk.blogspot.com/) untuk berkongsi karangan yang pernah dia hasilkan.

Kesakitan ini juga bukan halangan untuk dia memasang kepingan LEGO untuk menghasilkan robot untuk kejohanan robotik kebangsaan (NRC) peringkat negeri Terengganu. 3 tahun diberi kepercayaan untu mewakili sekolah. Terima kasih guru penasihat Puan Raztia.

Akhir sekali terima kasih atas sokongan guru kelas, Ustazah Azimah dan semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Kerteh yang memberi didikan kepada Muhammad Ikhwan Hadi selama ini.

Terima kasih juga kepada support group Autism Malaysia.

~ Catatan Ayah Ikhwan ~
Baca Karangan »

Friday 4 September 2015

0

Assalamualaikum..

Ikhwan Hadi ingin mengucapkan Selamat Menempuhi Peperiksaan UPSR 2015 kepada semua pengunjung blog ini. Semoga mendapat 5A dan A dalam BM : Penulisan terutamanya.

Ikhwan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada personal tutor iaitu ibu Ikhwan sendiri, Puan Nor Zarina, ayah yang sentiasa memberi semamgat (termasuklah sesi mandi kolam untuk melepaskan tension), guru-guru Sekolah Kebangsaan Kerteh terutamanya Ustazah Azimah (guru kelas 6 Alpha).

Semoga allah permudahkan kita semua dan Allah bagi ketenangan kepada kita.
Baca Karangan »

Thursday 6 August 2015

Karangan Berita : Kejadian Banjir

32
Kejadian banjir telah berlaku di tempat tinggal kamu. Tulis berita mengenai kejadian banjir tersebut.

Kemaman, Ahad – Kejadian banjir telah melanda daerah Kemaman baru-baru ini. Beberapa kawasan telah dinaiki air setinggi antara 1 meter hingga 2 meter.

                Kejadian banjir ini berlaku disebabkan hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama beberapa hari. Hal ini menyebabkan banyak kawasan rendah dinaiki air dengan cepat. Masalah longkang yang tersumbat juga telah memburukkan keadaan.

                Pihak berkuasa telah mengarahkan semua penduduk yang terlibat dengan banjir perpindah ke pusat pemindahan. Beberapa pusat pemindahan telah dibuka di kawasan yang terlibat dengan banjir. Di pusat perpindahan, mangsa-mangsa banjir dibekalkan dengan makanan, pakaian dan selimut.

                Selepas beberapa hari, banjir mulai surut. Beberapa pusat pemindahan telah ditutup. Mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Mereka membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap.

                Pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat memberi bantuan kepasa mangsa-mangsa banjir. Antara bantuan yang diberikan ialah wang tunai dan makanan. Bantuan ini dapat membantu meringankan beban mangsa banjir.


                Mangsa banjir sangat bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Mereka berharap banjir besar seperti tahun ini tidak akan berulang.
Baca Karangan »

Karangan Fakta : Faedah Bergotong-Royong

138
Tulis sebuah karangan mengenai faedah bergotong-royong.

                Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak faedah amalan bergotong-royong.

                Antara faedah bergotong-royong ialahkerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat.

                Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Malahan kita juga dapat menambah kenalan.

                Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan. Apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan surau, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang tiu terkena penyakit.

                Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang seseorang. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah umpapanya bergaul dengan budak nakal.

                Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak faedahnya. Oleh itu kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.


Baca Karangan »

Ucapan : Majlis Perpindahan Guru Kelas

163
Guru kelas kamu akan berpindah ke sekolah lain. Sebagai Ketua Kelas, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis perpisahan.

                Yang dihormat Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang dikasihi guru-guru, yang diaikan Cikgu Ahmad iaitu guru kelas serta rakan-rakan sekelian.

                Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang mewakili murid kelas 6 Alpha untuk berucap dalam majlis perpisahan ini. Kami semua berasa sungguh terkejut dan sedih apabila mendengar berita perpindahan guru kelas kami.

Hadirin sekelian,
                Cikgu Ahmad sudah lama berkhidmat di sekolah ini. Beliau mengajar kami mata pelajaran Bahasa Melayu.  Selain itu, beliau juga mengajar kami mata pelajaran Kajian Tempatan.

                Cikgu Ahmad seorang yang sangat baik dan penyayang. Beliau juga merupakan guru yang berdedikasi. Beliau mengajar kami dengan bersungguh-sungguh.

                Cikgu Ahmad telah banyak menyumbang jasa kepada sekolah kita. Banyak murid tahun 6 mendapat gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini  disebabkan usaha beliau yang gigih mengajar kami tanpa jemu.

Hadirin yang dihormati,
                Cikgu Ahmad merupakan guru penasihat pasukan bola sepak SK Kerteh. Beliau selalu melatih pemain bola sepak untuk meningkatkan kemahiran dan stamina. Pada tahun 2014, kita telah mendapat johan bagi Pertandingan Bola Sepak bawah 12 Tahun peringkat kebangsaan.   

                Kami mendoakan semoga cikgu gembira dan bahagia di sekolah baharu. Kami akan sentiasa mengingati cikgu. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun:

                Hari ini hari Ahad
                Lusa hari Selasa
                Terima kasih Cikgu Ahmad
                Jasa cikgu kami tak lupa

Sekian, terima kasih.

                
Baca Karangan »

Catatan : Berkelah Di Tepi Pantai

85
Kamu dan keluarga telah berkelah di tepi pantai pada hujung minggu. Tulis catatan yang lengkap tentang aktiviti perkelahan tersebut.

Sabtu, 20 Januari 2015
9.00 pagi

                Aku dan keluargaku bersiap-siap. Kami akan pergi berkelah di Pantai Cherating. Adikku membantu ibu menyediakan makanan. Aku pula membantu abang dan ayah memasukkan beg ke dalam bonet kereta.
10.00 pagi           

                Kami bertolak ke pantai. Sebelum bertolak, ayah memeriksa kereta supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. Semasa dalam perjalanan, aku membaca buku cerita yang dibawa dari rumah. Adikku terlena sepanjang perjalanan.
11.00 pagi

                Kami tiba di Pantai Cherating. Kelihatan orang ramai mula memenuhi pantai. Kami mencari tempat untuk menghamparkan tikar. Akhirnya, kami menjumpai tempat untuk meletakkan bekalan makanan dan tikar.
                Kemudian, aku dan adikku berlari anak ke arah laut. Kami bermandi-manda dengan gembira. Adikku menggunakan pelampung supaya tidak lemas.
1.00 petang

                Aku dan adikku berhenti mandi. Kami ke tandas yang disediakan untuk membilas badan. Kemudian, aku dan keluargaku makan tengahari di atas tikar. Masakan ibu sungguh sedap. Selepas itu, kami solat di surau yang berdekatan.
2.00 petang

                Aku dan ayahku serta abangku bermain bola tampar. Adikku pula membina istana dari pasir. Orang ramai juga bermian permainan yang sama.
4.30 petang


                Keluargaku mula bersiap-siap untuk pulang. Setelah memasukkan semua barang ke dalam kereta, kami bertolak pulang. Kami berasa berat hati untuk pulang tetapi puas.
Baca Karangan »

Wednesday 5 August 2015

Catatan : Aktiviti Hari Minggu

77
Setiap orang melakukan pelbagai aktiviti pada cuti hujung minggu. Tulis catatan tentang aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Sabtu, 20 Mac 2015

6 pagi
                Saya bangun dari tidur dan terus mandi. Selepas itu, saya berjemaah bersama keluarga. Kemuadian, saya pergi ke dapur untuk membantu ibu menyediakan sarapan.

7.30 pagi

                Saya dan adik serta ayah berjogging di taman rekreasi. Kami berjoging untuk menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Selepas  berjoging, kami berehat seketika di pondok sambil berbual-bual.

8.30 pagi

                Kami tiba di rumah dan terus bersarapan. Selesai sarapan,saya membantu ibu mengemas meja.

10.00 pagi

                Saya membantu ibu menjemur pakaian. Setelah siap, saya mengulangkaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah. Abang membantu saya menyiapkan kerja sekolah.

                Usai menyiapkan kerja sekolah, ibu membenarkan saya berehat seketika. saya mengambil peluang ini dengan menonton televisyen bersama abang dan adik-adik saya.

2.00 petang

                Selepas makan tengahari, saya solat zohor. Sesudah itu, ayah mengajak saya sekeluarga ke Mesra Mall. Di sana, saya bermain badminton dengan ayah. Ibu pula sibuk membeli belah di Pasaraya TMC.

5.00 petang

                Selepas solah Asar, saya bermain bola sepak bersama-sama kawan-kawan saya. Kami bermain bola sepak sehingga lewat petang.

                Selepas penat bermain, saya pulang ke rumah untuk mandi. Saya bersiap-siap untuk ke masjid bersama ayah.

7.20 malam

                Saya mengikut ayah pergi ke masjid. Ibu dan adik juga mengikut kami ke masjid. Di masjid, saya melihat ramai jemaah yang ingin solah maghrib berjemaah. Saya berjumpa dengan kawan baik saya di masjid. Dia juga datang ke masjid bersama ahli keluarganya.

9.00 malam

                Kami sekeluarga pulang dari masjid. Selepas itu, saya bersama keluarga makan malam. Selesai makan, saya mengulangkaji pelajaran. Selepas mengulangkaji, saya mengemas buku dan menyalin jadual kerana esok adalah hari persekolahan.

10.30 malam.


                Saya masuk ke dalam bilik untuk tidur. Saya membaca doa sebelum tidur.
Baca Karangan »

Karangan Perbualan : Kejohanan Sukan Tahunan

0
Soalan : Sekolah kamu akan mengadakan kejohanan sukan tahunan pada minggu hadapan. Kamu dan rakan kamu berbual-bual mengenai persediaan-persediaan yang kamu dan rakan-rakan perlu lakukan untuk kejohanan tersebut. Tulis perbualan yang lengkap antara kamu dan rakan kamu itu. 

Ikhwan :               Assalamualaikum Afiq.

Afiq        :               Waalaikumussalam Ikhwan. Apa tujuan kamu berjumpa dengan saya?

Ikhwan :               Saya ingin membincangkan tentang persediaan yang perlu dilakukan untuk kejohanan sukan tahunan.

Afiq       :               Oh, itu tujuan kamu berjumpa saya. Bila kejohanan ini akan diadakan?

Ikhwan :               Kejohanan ini diadakan pada minggu hadapan.

Afiq       :               Awalnya kita perlu melakukan persediaan. Untuk menghadapi kejohanan ini, saya rasa kita pelu berlatih setiap hari.

Ikhwan :               Apakah persediaan yang perlu dilakukan?

Afiq       :               Kita patut bersenam dan lari mengelilingi padang sebanyak tiga pusingan.

Ikhwan :               Saya rasa kita perlu menjaga pemakanan kita. Kita perlu makan makanan yang seimbang.

Afiq       :               Saya setuju. Saya rasa makanan berminyak patut dikurangkan kerana ia mengandungi banyak lemak.

Ikhwan :               Sehari sebelum kejohanan, kita tidak perlu berlatih supaya boleh menyimpan tenaga.

Afiq       :               Kita juga perlu memastikan tidur kita cukup

Ikhwan :               Loceng sudah berbunyi. Mari kita masuk kelas.


Afiq       :               Baiklah.
Baca Karangan »

Lengkapkan Cerita : Mendengar Nasihat Ibu Bapa

6
Soalan : Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan ayat yang diberikan dibawah.
….. Kini, aku telah sembuh seperti sediakala. Aku berjanji akan selalu mendengar nasihat ibu dan ayah.

                Nama aku Ikhwan. Aku berumur 12 tahun. Hobi aku ialah melastik burung. Ibu bapaku tidak menyukai hobiku kerana melastik akan menganiaya burung yang dilastik.

                Pada suatu petang, ibu dan bapaku pergi ke kenduri emak saudaraku. Mereka melarang aku keluar rumah pada petang itu. Namun, aku tidak mendengar larangan ibu bapaku.

                Sebaik sahaja bayang-bayang kereta ibuku hilang, aku segera keluar dari rumah. Aku berjumpa dengan rakanku di tempat yang ditetapkan. Kami akan melastik burung pada hari itu.

                Aku dan kawanku masuk ke dalam hutan. Kami sungguh gembira kerana terdapat banyak burung disitu. Kami melastik burung di situ tanpa belas kasihan.

                Tanpa kami sedari, terdapat sebuah sarang lebah di situ. Rakanku tersalah lastik lalu terkena sarang lebah itu. Kami berlari lintang pukang kerana dikejar lebah. Kami dimasukkan ke hospital kerana pengsan.


                Kini, aku telah sembuh seperti sedia kala. Aku berjanji akan selalu mendengar nasihat ayah dan ibu.
Baca Karangan »

Tuesday 4 August 2015

Lengkapkan Cerita : Perkhemahan Cuti Sekolah

3
Soalan  : Tulis cerita yang bermula dengan ayat di bawah.

Aku dan dua orang rakanku mengadakan aktiviti perkhemahan untuk mengisi masa cuti
persekolahan. Semasa perkhemahan angin kencang serta hujan turun dengan lebatnya. Aku dan kawan-kawanku ......


 Aku dan dua orang rakanku mengadakan aktiviti perkhemahan untuk mengisi masa cuti
persekolahan. Semasa perkhemahan angin kencang serta hujan turun dengan lebatnya. Aku dan kawan-kawanku hanya duduk di dalam khemah sambil menunggu hujan berhenti.

 Tiba-tiba, kami terdengar suara orang bercakap. Aku menyangka ayahku yang datang untuk menyuruh aku dan rakanku balik. Namun sangkaanku meleset. Apabila aku amati betul-betul, itu bukan ayah aku. Orang itu mengangkat sebuah peti besi bersama tiga orang rakannya. Mereka memakai topeng untuk melindungi muka mereka.

 Mereka masuk ke sebuah gua yang tidak jauh dari tapak perkhemahanku. Selepas beberapa minit, mereka keluar dari gua itu, Mereka berjalan secara laju menuju ke arah sebuah kereta. Kemudian mereka menaiki kereta itu dan terus pergi.

 Aku dan rakanku takut melihat kejadian itu. Pada mulanya, rakanku bercadang untuk balik ke rumah. Namun aku membantah kerana keadaan sungguh gelap. Pelbagai perkara boleh berlaku sekiranya kami balik ke rumah pada malam itu. Akhirnya rakanku akur akan kehendakku. Kami tidur di dalam khemah pada malam itu.

 Keesokan hari, aku dan rakan berkemas. Setelah siap berkemas, kami pun balik ke rumah. Aku melaporkan apa yang terjadi pada ayahku. Ayahku terkejut lalu mengajakku menemaninya ke balai polis untuk membuat laporan polis.

 Akhirnya, polis menahan empat orang pemuda hasil penyiasatan. Rupa-rupanya mereka merupakan perompak yang selalu merompak di kampungku. Aku berasa gembira kerana dapat membantu polis dan kampungku.
Baca Karangan »

Friday 27 February 2015

Karangan Syarahan : Hari Guru

8
  Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar SK Kerteh, Yang Dihormati guru-guru SK Kerteh dan rakan-rakan sekalian. Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang berucap pada hari ini. Saya juga berasa terharu dan gembira kerana dapat mewakili rakan-rakan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru semua.

Guru-guru yang disayangi serta rakan-rakan,
  Pada 16 Mei setiap tahun, kita akan meraikan Hari Guru di seluruh negara. Hari ini merupakan hari yang penting bagi murid-murid dan guru-guru. Hari ini disambut menunjukkan penghargaan kepada guru atas jasa mereka selama ini.

  Guru ibarat sebatang lilin yang menerangi hidup kita. Guru sanggup berkorban untuk memastikan anak murid mendapat ilmu pengetahuan. Guru juga berusaha tanpa mengira penat atau jemu demi kejayaan anak murid mereka.

Guru-guru yang dihormati,
  Saya mewakili rakan-rakan berjanji akan mengenang jasa guru bukan sahaja pada Hari Guru. Jasa guru dan pengorbanan guru sedari kami dari Tahun 1 lagi wajar dikenang sehingga ke alam dewasa. Ini kerana gurulah orang yang pertama mendidik murid membaca, menulis serta mengira.

  Saya mewakili rakan-rakan juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dan keterlanjuran sehingga mengguris hati guru. Kami berharap guru-guru tidak patah semangat menghadapi karenah kami sepanjang menjadi warga SK Kerteh.

Rakan-rakan sekalian,
  Sevagai membalas jasa guru, marilah kita berjanji untuk menjadi murid yang berakhlak mulia dan akan berusaha sehingga berjaya. Oleh itu sebagai langkah pertama, marilah kita belajar dengan tekun dan menjaga disiplin diri serta nama baik sekolah.

Guru-guru dan rakan-rakan
  Saya selaku Ketua Murid SK Kerteh mewakili murid-murid SK Kerteh ingin mengucapkan selamat Hari Guru untuk guru semua. Kami murid SK Kerteh sentiasa mendoakan kesejahteraan guru. Terima kasih kerana sudi mendidik dan membimbing kami.

  Sekian, terima kasih.

Baca Karangan »

Sunday 22 February 2015

Karangan Laporan : Hari Kantin

54
  Pada 3 Februari 2015 yang lepas, SK Kerteh telah mengadakan Hari Kantin kali ke 20. Hari Kantin tersebut diadakan di kawasan sekolah dan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.

  Tujuan diadakan Hari Kantin ialah untuk mengumpul dana. Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membaiki kemudahan sekolah seperti tandas, surau dan kelengkapan sukan. Hari Kantin juga bertujuan untuk mendidik murid-murid tentang berniaga dengan cara yang betul.

  Persiapan telah mula dilakukan beberapa hari sebelum Hari Kantin diadakan. Guru-guru, murid-murid serta ibu bapa bekerjasama membantu menghias gerai jualan. Pihak sekolah juga memasang khemah yang dilengkapi meja dan kerusi.

  Aktiviti Hari Kantin dimulakan dengan perasmian pada jam 8:00 pagi. Selepas tamat upacara perasmian, gerai jualan mula dibuka. Pembeli boleh membeli dengan menggunakan kupon yang dijual oleh Pihak Urusetia Hari Kantin.

  Terdapat lebih kurang 30 gerai yang dibuka pada Hari Kantin. Pelbagai jenis makanan, minuman, buku, mainan, alat tulis dan lain-lain. Klinik Kesihatan, Bomba serta polis turut mengadakan pameran. Aktiviti lain yang diadakan termasuklah kuiz, pertandingan menyanyi, cabutan bertuah dan pertunjukan silap mata.

  Sambutan yang diterima daripada ibu bapa serta penduduk sekitar amat memberangsangkan. Mereka mula memenuhi kawasan sekolah seawal jam 8 pagi sehingga tamat Hari Kantin. Kebanyakan gerai berjaya menghabiskan barangan jualan mereka.

  Hari Kantin tamat pada jam 12:30 tengahari. Sebelum bersurai murid-murid dan guru-guru serta ibu bapa bergotong royong membersihkan kawasan sekolah.


Baca Karangan »

Saturday 21 February 2015

Karangan Keperihalan : Cara Menjaga Buku Teks

14
Soalan : Kamu baru sahaja menerima pinjaman buku teks sekolah.
Tulis sebuah karangan tentang cara-cara yang kamu lakukan untuk menjaga buku tersebut.

  Buku teks merupakan salah satu pemberian kerajaan, khas untuk murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Bejuta-juta ringgit dibelanjakan untuk membuat buku teks serta meningkatkan mutu pendidikan negara. Menjadi tanggungjawab setiap murid untuk menjaga buku teks ini.

  Antara cara menjaga buku teks ialah dengan membalutnya. Jika buku teks dibalut, buku teks tidak akan terkoyak dan kotor. Buku teks juga tidak mudah basah jika terkena air kerana dibalut dengan plastik.

  Kita perlu menjaga keselamatan buku teks supaya ia tidak hilang. Contohnya seperti menulis nama di ruangan yang disediakan di belakang buku teks. Jika buku teks kita hilang, proses mencari buku teks kita akan menjadi mudah kerana nama kita ditulis di buku teks yang hilang..

  Kita hendaklah memastikan buku teks kita tidak diconteng atau rosak. Ini kerana buku teks ini akan digunakan oleh murid lain pada tahun hadapan. Jika buku kita rosak atau diconteng, ia akan menyukarkan murid lain yang menggunakan buku teks kita.

  Buku teks mestilah dijaga seperti hak milik kita. Buku teks tidak boleh ditinggalkan di merata-rata tempat seperti dibawah meja dan didalam kelas. Jika buku teks kita hilang, kita mesti menggantikanya dengan buku teks yang lain.

  Jagalah buku teks kita supaya ia boleh digunakan oleh murid lain pada masa hadapan. Jika buku teks kita hilang, gantilah buku itu dengan segera supaya murid lain boleh menggunakan buku teks kita.

   



Baca Karangan »

Saturday 14 February 2015

Karangan Fakta : Jiran

27
  Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Jiran kita termasuklah mereka yang tinggal di sebelah, depan dan belakang rumah kita. Saya tinggal di rumah teres dan mempunyai ramai jiran yang baik.
                                                                                                                                                                      Jiran jiran saya sangat peramah. Mereka sering bertegur sapa sekiranya berada di luar rumah. Jiran saya juga datang menziarahi rumah ketika ayas saya sakit dan ketika ibu melahirkan adik-adik saya.
                                                                                                                                                                      Jiran saya juga suka menghantar makanan ke rumah saya. apabila mereka memasak sesuatu yang istimewa seperti nasi beriani dan kuih tradisional. Ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara jiran.
                                                                                                                                                                      Jiran saya akan memaklumkan kepada keluarga saya apabila mereka tiada di rumah. Kami sekeluarga akan menjenguk ke rumah mereka untuk memastikan rumah mereka selamat. Ini akan mewujudkan kawasan kejiranan yang lebih selamat.
                                                                                                                                                                      Sekiranya berlaku kecemasan, kita boleh memohon bantuan dari jiran. Suatu ketika adik saya sakit dan ayah saya tiada di rumah. Ibu terpaksa membawa adik ke hospital manakala saya tinggal sementara di rumah jiran.
                                                                                                                                                                      Jiran-jiran saya turut membantu sekiranya terdapat majlis atau jamuan. Mereka bergotong-royong menjayakan acara tersebut dengan gembira. Jiran-jiran turut bergotong-royong membersihkan persekitaran surau dan kawasan perumahan.
                                                                                                                                                                      Saya mempunyai jiran yang sebaya dan belajar di sekolah yang sama dengan saya. Kami sering belajar dan mengulang kaji pelajaran beramai-ramai. Kami juga sering bertukar pendapat untuk meningkatkan penegetahuan.
                                                                                                                                                                      Hidup kejiranan membawa banyak manfaat kepada kita. Kita mestilah berbuat baik sesama jiran. Saya bersyukur kerana mempunyai jiran-jiran yang baik.

                                                                                                                                                                     

                                                                                                                                                                            

Baca Karangan »

Friday 13 February 2015

Karangan Pengalaman : Pengalaman Semasa Cuti Sekolah

45
Soalan : Tuliskan pengalaman anda semasa cuti sekolah baru-baru ini.

  Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah pergi ke Legoland. Legoland terletak di Nusajaya, Johor. Saya pergi ke sana bersama keluarga saya dengan menaiki kereta.

  Ketika sampai di Legoland, keadaan di situ riuh rendah. Banyak orang sedang berbaris untuk membeli tiket di kaunter. Kami bergambar untuk kenang-kenangan di pintu masuk Legoland.

  Kami memulakan aktiviti dengan pergi ke Legoland Waterpark. Saya dan adik syaa bermain air di kolam. Kami meluangkan  masa selama tiga jam. Selepas itu kami makan tengah hari di sebuah restoran yang terdapat di Legoland.

  Selepas solat Zohor, kami mula menerokai Legoland. Saya dan adik saya mencuba aktiviti memandu kereta. Kami juga memandu bot yang mudah dibawa dan dikendalikan.

  Kemudian kami pergi ke 'Lego Star Wars Miniland'. Banyak karakter Star Wars yang dipamerkan. Karakter di situ dibuat menggunakan lego. Terdapat lego Star Wars yang dijual tetapi saya tidak membelinya kerana harganya sangat mahal.

  Selepas itu kami ke 'Lego Mindstorm'. Kami belajar tentang robotik. Saya dan adik saya berjaya membuat robot menggunakan bahan yang disediakan. Namun kami gagal untuk menggerakkan robot itu secara automatik. Seorang kakitangan Legoland membantu kami menggerakkan robot yang kami bina.

  Apabila menjelang Maghrib, kami mendaftar masuk ke Hotel Legoland. Bilik Hotel Legoland amat besar, luas dan cantik. Selepas mandi kami terus tidur kerana kepenatan.

  Selepas bangun pagi, kami mandi,solat dan bersarapan pagi. Kami mendaftar keluar dari Hotel Legoland. Kami bergambar di hadapan Hotel Legoland. Kami melihat Legoland untuk kali terakhir.

  Kami bertolak balik dari Legoland ke kediaman kami di Kemaman, Terengganu. Kami merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Legoland tetapi gembira dapat pergi ke Legoland.




Baca Karangan »

Thursday 12 February 2015

Karangan Pengalaman : Lawatan Ke Pameran Buku

30
Soalan : Pada cuti minggu lepas, kamu telah pergi ke sebuah pameran buku dengan keluarga kamu. Tulis karangan tentang lawatan ini.

  Pada hari Sabtu yang lepas, keluarga saya telah pergi ke pameran buku. Tujuannya adalah untuk menambahkan pengetahuan saya dan keluarga saya.

  Apabila tiba di tempat pameran, keadaan disana sungguh riuh rendah. Pelbagai jenis buku dipamerkan. Antaranya ialah buku cerita, majalah dan sebagainya.

  Saya membaca sinopsis buku yang dipilih. Saya membeli buku-buku disitu dengan diskaun sehingga 80%. Terdapat juga syarikat yang menjual buku dengan harga runtuh.

  Pelbagai pertandingan dipertandingkan di pameran itu. Antaranya ialah pertandingan Cabutan Bertuah, pertandingan pidato dan sebagainya. Saya menyertai pertandingan Cabutan Bertuah. Saya memenangi pertandingan itu dan mendapat sebuah hampert serta wang tunai berjumlah RM100. Keluarga saya mengucapkan tahniah kepada saya.

  Pelbagai perkara menarik berlaku disini. Banyak syarikat penerbitan termasuk syarikat antarabangsa disini. Ini sungguh berbeza dengan pameran yang kami pernah hadiri. Anggota keluarga saya memberikan pendapat yang sungguh positif.

  Kami pulang pada pukul empat petang. Saya berasa sedih untuk meninggalkan pameran buku ini tetapi gembira kerana dapat membeli banyak buku. Saya berharap banyak lagi pameran buku seperti ini diadakan pada masa akan datang.




Baca Karangan »

Friday 6 February 2015

Karangan Fakta : Kebaikan Perpustakaan

16
Soalan : Sekolah kamu mempunyai perpustakaan.
Tulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpustakaan.


  Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku ilmiah, buku cerita, majalah dan sebagainya. Perpustakaan juga dikenali sebagai pusat sumber atau kutubkhanah. Semua sekolah mempunyai perpustakaan sendiri.Terdapat banyak bahan rujukan dan bacaan di perpustakaan sekolah. Banyak kebaikan jika kita menggunakan perpustakaan sekolah.

  Perpustakaan berguna sebagai tempat membaca. Perpustakaan akan memupuk semangat membaca
kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku ilmiah, buku cerita, majalah dan surat khabar. Kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan sebagainya.

  Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh membaca pelbagai bahan bacaan di perpustakaan. Masa kita tidak dibazirkan dengan sia-sia. Ini juga boleh mencegah kita daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat sperti merokok, merempit, melepak dan sebagainya.

  Kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di perpustakaan. Bahan bacaan di perpustakaan tidak perlu dibayar untuk membacanya. Kita tidak perlu membeli buku rujukan atau buku cerita. Kita juga tidak perlu membeli buku yang mahal-mahal, contohnya buku 'Harry Potter' kerana ia terdapat di perpustakaan.

  Kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita membuat kerja sekolah yang belum siap di perpustakaan. Kita booleh membuat perbincangan berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran di perpustakaan. Ini akan meningkatkan kemahiran belajar kita.

  Perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan pelbagai keperluan pembelajaran. Gunakanlah perpustakaan dengan sebaik mungkin.

 

 


Baca Karangan »

Catatan : Hari Kecemerlangan

15
Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kecemerlangan. Tulis catatan tersebut dengan  selengkapnya.

Rabu, 10 November, 2014

7.30 pagi
                Semua murid yang menerima hadiah berkumpul di tapak perhimpunan. Guru-guru sibuk mengambil kedatangan murid yang akan mengambil hadiah pada hari ini.

8.00 pagi
                Semua murid yang menerima hadiah bergerak ke dewan dalam satu barisan. Guru-guru menyusun murid mengikut kategori hadiah yang diterima murid. Cikgu Marzuki berada di hadapan pentas untuk memulakan acara.

8.30 pagi
                Ibu bapa yang hadir duduk ditempat yang disediakan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Anuar Saleh. Selepas bacaan doa, Guru Besar menyampaikan ucapan kepada ibu bapa yang hadir.
                Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang Berhormat Adun Kemasek. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa SK Kerteh bukan sahaja mempunyai guru yang hebat malahan pelajarnya juga cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.

9.30 pagi
                Majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid tahun  lima dan tahun enam. Semua hadirin terpegun apabila melihat persembahan yang mengagumkan.
                Selepas persembahan, acara penyampaian hadiah dimulakan. Kategori hadiah pertama ialah hadiah CGPA terbaik dan Graduasi Tahun 6. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK Kerteh.
                Seterusnya, acara penyampaian hadiah bagi sijil tamat pra sekolah dan markah tertinggi dalam mata pelajaran oleh Yang Dipertua PIBG sekolah.
                Anugerah tokoh pelajar lelaki dan perempuan telah disempurnakan oleh YB Adun Kemasek. Tokoh pelajar lelaki disandang oleh Amir manakala tokoh perempuan pula disandang oleh Nadiatul.

12.30 tengahari

                Selesai sahaja acara penyampaian hadiah, majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah. Ibu bapa yang menerima hadiah kelihatan sangat gembira. Sebelum pulang, semua ibu bapa dan pelajar dijemput menikmati jamuan ringan.
Baca Karangan »

Karangan Laporan : Laporan Perkhemahan Pengakap

64
Soalan : Unit beruniform di sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan.
Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis laporan tentang perkhemahan tersebut..
Tulis laporan itu selengkapnya.


  Pada 25 hingga 26 April 2013, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Kerteh telah mengadakan perkhemahan di Air Terjun Sekayu. Perkhemahan selama dua hari ini telah disertai oleh 35 orang pengakap dan 5 orang guru pengiring. 

  Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.

  Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab memimpin ahli kumpulannya. Sebarang masalah yang timbul dalam kalangan ahli, akan dibincang dengan ketua kumpulan.

  Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya ialah merentas hutan, kawad kaki, lakonan dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan lancar dengan kerjasama dari semua peserta.

  Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya. Para peserta dapat mengutip pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru. Malah hubungan antara pengakap bertambah erat.

Disediakan oleh                                                                                                                  27 April 2013
(Ikhwan Hadi)
Setiausaha Persatuan Pengakap
SK Kerteh
Baca Karangan »

Thursday 5 February 2015

Karangan Berita : Pertandingan Melukis Sempena Hari Kemerdekaan

12
Soalan : Sempenan sambutan Hari Kemerdekaan, satu pertandingan melukis telah diadakan di tempat tinggal kamu. Kamu telah ditugaskan untuk menulis berita tentang pertandingan tersebut. Tulis berita itu selengkapnya.



KERTEH,Khamis pertandingan melukis telah diadakan di Mesra Mall Kerteh. Pertandingan ini diadakan untuk menambahkan kesedaran patriotik.

Pertandingan ini diadakan sempena Hari Kemerdekaan. Murid-murid digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan lukisan ini. Terdapat 300 peserta yang menyertai pertandingan ini. 

Pertandingan ini menyedarkan murid-murid tentang pentingnya Hari Merdeka. Murid-murid diajar cara-cara menghormati negara. Murid=murid juga diajar betapa pentingnya Hari Kemerdekaan ini.

Ramai ibubapa menemani anak-anak mereka melukis. Ada juga yang membawa meja kecil supaya senang untuk melukis dengan selesa. Anak-anak lebih yakin dengan adanya ibu bapa di sisi.

Masa melukis tamat pada pukul 12:00 p.m. Pemenang mendapat hamper dan sijil penyertaan. Pemenang berasa sangat gembira. Majlis penutup dirasmikan oleh Pengurus Mesra Mall, Michael Vong.

Pertandingan ini memupuk semangat patriotik kepada negara. Penduduk tempatan juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Baca Karangan »

Karangan Keperihalan/Gambaran : Cara Menggunakan Wang

32
Soalan : Kamu telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 dalam pertandingan lukisan. Ceritakan cara-cara kamu menggunakan wang tersebut.



  Saya berasa amat gembira dan bangga kerana telah memenangi wang tunai sebanyak RM500.00 pada pertandingan lukisan sempena Hari Inovasi dan Teknologi. Saya telah menggunakan wang itu dengan pelbagai cara.

  Saya meraikan kejayaan saya dengan membelanja keluarga saya makan di KFC. Restoran KFC merupakan restoran ayam goreng kegemaran keluarga kami. Kami sekeluarga meluangkan masa selama lebih kurang 2 jam menikmati ayam goreng dan pelbagai hidangan lain.

  Saya telah membeli alat keperluan melukis yang baharu. Alat keperluan melukis yang sedia ada sudah lama dipakai. Alatan yang baru akan menaikkan lagi semangat saya untuk melukis. Saya akan dapat melukis dengan gembira.

  Saya juga membeli beg sekolah yang baharu. Beg yang sedia ada sudah terkoyak di bahagian hadapan dan sudah tidak sesuai digunakan lagi. Saya membeli beg yang lebih berkualiti dan tidak mudah terkoyak..

  Saya menyimpan baki wang yang masih ada di dalam bank. Saya boleh menggunakannya pada masa saya susah. Ia juga boleh digunakan ketika saya masuk universiti.

  Kemenangan kali ini memberi semangat untuk saya menyertai lebih banyak pertandingan melukis. Saya harap akan memenangi pertandingan lukisan pada masa akan datang dan dapat menyimpan lebih banyak wang untuk masa depan saya. 
Baca Karangan »

Lengkapkan Cerita : Berjumpa Dengan Kawan Lama

6
Soalan : Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga duduk di ruang tamu sambil berbual-bual.Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah. Aku menjenguk keluar. Aku melihat..
Mulakan cerita kamu dengan : Aku melihat..


  Aku melihat Kamal keluar dari teksi. Kamal merupakan kawan sekelasku semasa aku berada di sekolah rendah.

  Aku sangat terkejut menerima kehadirannya. Aku menuju ke arahnya dan memeluknya dengan perasaan yang amat gembira. Aku bersalaman dengannya.

  Selepas itu, Kamal pergi bersalaman dengan ibu dan ayahku. Dia memberi buah tangan yang dibelinya ketika balik ke kampung. Ayahku mempelawanya masuk ke dalam rumah. Ibuku menghidangkan air teh suam.

  Aku bertanyakan tentang tujuan dia balik ke kampung. Dia baru balik dari Singapura. Dia berhajat untuk menjeguk kampung halaman yang sudah lama dia tinggalkan.

 Kami berbual panjang tentang kehidupan Kamal di Singapura. Rupa-rupanya dia menjadi seorang peguam yang berjaya di Singapura. Dia menceritakan pengalaman yang dilaluinya ketika menjadi peguam.

  Pada waktu malam, ibuku memasak masakan kampung. Kamal memuji keenakan masakan ibuku. Kemudian aku membawanya bersiar-siar mengelilingi kampung dengan keretaku.

  Keesokan harinya, Kamal pulang ke Singapura semula. Aku berharap dapat berjumpa dengannya lagi.
Baca Karangan »

Sunday 11 January 2015

Lengkapkan Cerita

12
Soalan : Akhiri karangan kamu dengan frasa dibawah.
Aku berasa sangat menyesal kerana telah menyebabkan kami sekeluarga hampir kehilangan orang yang amat disayang.

         Hari ini ibu dan ayahku pergi melawat emak saudara yang sakit di kampung. Aku disuruh tinggal di rumah dan menjaga adikku yang berusia enam tahun. Kami bermain permainan video bersama-sama.

         Tidak lama kemudian adikku mula berasa bosan. Dia mengajak aku bermain diluar rumah. Kami bermain kasut roda di halaman rumah. Setelah lama bermain, aku berasa penat lalu mengajak adikku masuk. Namun dia enggan kerana masih belum puas bermain. Aku menjadi marah lalu meninggalkanya seorang diri diluar rumah.

         Aku terus masuk ke dalam rumah. Aku ingin bermain permainan video. Tiba-tiba aku terdengar satu dentuman yang amat kuat. Aku segera berlari keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

         Alangkah terkejutnya aku apabila melihat adikku telah dilanggar lori. Kepala dan kakinya berlumuran darah. Adikku tidak sedarkan diri. Nafasnya turun naik. Pemandu lori tersebut segera membawa adikku ke hospital.

         Apabila tiba di hospital adikku dikejarkan ke wad kecemasan. Aku merasa amata takut. Pihak hospital telah menghubungi ibu bapaku. Apabila mereka tiba, aku terus memeluk mereka sambil meminta maaf atas kecuaianku.


         Adikku dibawa keluar dalam keaadan kepala dan kainya berbalut. Keadaan adikkuu stabil dan dihantar ke wad biasa. Aku berasa sangat menyesal kerana telah menyebabkan kami sekeluarga hampir kehilangan orang yang amat disayang.
Baca Karangan »

Karangan Berita : Kempen Minggu Kebersihan

18
Soalan : Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan Kempen Minggu Kebersihan.
Tulis berita tentang Kempen Minggu Kebersihan tersebut.

TEMERLOH, Sabtu - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Kempen Minggu Kebersihan Sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa cantik, menarik dan indah. Guru Besar iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh menyatakan bahawa kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah. Kempen ini melibatkan semua warga dan masyarakat setempat.

Kempen itu dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong-royong ini ialah menanam pokok-pokok bunga, membina taman sains, membersihkan longkang-longkang dan menebas semak-samun. Para ibu bapa diminta membawa sendiri peralatan yang bersesuaian seperti cangkul, parang, dan sabit untuk aktiviti tersebut.

Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sebatang pokok bunga setiap seorang untuk ditanam di perkarangan sekolah. Kaum ibu turut membantu mereka membaja dan menyiram pokok-pokok bunga yang telah ditanam.

Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui kempen ini. Selain ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba dan sayur-sayuran, di tengah-tengahnya juga dibuat sebuah kolam untuk memelihara pelbagai jenis haiwan seperti ikan dan kura-kura.


Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini. Sebelum kempen ini berakhir, satu jamuan makan tengah hari telah diadakan di kantin sekolah. Pihak sekolah berasa bangga atas kerjasama yang ditunjukkan oleh masyaarakat setempat dan warga sekolah. Mereka mengharapkan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang sentiasa bersih, cantik, dan ceria.
Baca Karangan »

Catatan : Perkhemahan Unit Beruniform

67
Soalan : Kamu dan rakan-rakan telah menyertai perkhemahan unit beruniform anjuran pihak sekolah.
Tuliskan catatan tentang perkhemahan tersebut.

Jumaat, 10 Jun 2010

          Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap yang diadakan di Bukit Ayer. Setelah mendengar taklimat daripada Cikgu Kamal Ahmad, kamipun bertolak. Ahli pengakap yang terlibat seramai 30 orang dan disertai oleh 5 orang guru.

          Setelah tiba, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kami diarah membersihkan kawasan. Setelah itu, kami mendirikan khemah. Aku dan beberapa orang rakan diarah untuk mencari kayu api untuk digunakan semasa memasak dan untuk dijadikan unggun api. Pada waktu malam, kami hanya berehat sahaja.

Sabtu, 11 Jun 2010

          Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami mengadakan aktiviti senaman. Kemudian aktiviti berkawad diadakan. Banyak yang aku pelajari semasa aktiviti ini.

          Pada waktu petang kami menjalankan aktiviti meredah hutan. Melalui aktiviti ini, kami dapat mengetahui tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan ini. Kami juga bermandi-manda di air terjun yang berdekatan.

          Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti unggun api. Melalui aktiviti ini, setiap kumpulan perlu mengadakan persembahan. Kumpulan aku mengadakan persembahan dikir barat. Aku sungguh seronok ketika membuat persembahan.


Ahad, 12 Jun 2010

          Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan ikatan. Selepas makan tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami meruntuhkan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan.


          Pada pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang. Aku berasa gembira dapat mengikuti perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan dan pengalaman yang aku peroleh.
Baca Karangan »

Karangan Fakta : Cara-cara menjadi murid berdisiplin

10
Soalan : Disiplin amat penting untuk mencapai kejayaan.
Tulis sebuah karangan "Cara-cara menjadi murid berdisiplin".

Ramai antara murid yang mempunyai masalah disiplin.Oleh itu,pelbagai pihak perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah ini.
         Antara cara-cara menjadi murid yang berdisiplin ialah dengan menghormati dan taat kepada guru.Guru-guru wajar dihormati kerana merekalah mendidik kita sehingga menjadi manusia yang berguna.Selain itu, kita sewajarnya membantu guru pada masa-masa yang perlu.
         Selain itu,murid-murid yang berdisiplin akan mematuhi semua peraturan sekolah.Mematuhi peraturan ini akan akan membentuk peribadi murid-murid agar lebih berdisiplin.Contohnya seperti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap,berambut pendek,beratur  dan sebagainya.
        Seterusnya, untuk menjadi murid yang berdisiplin ,kita hendaklah sentiasa menepati masa.Kita tidak boleh datang lewat ke sekolah, ke kelas atau mengikuti aktiviti kokurikulum.Orang yang sentiasa menepati masa akan sentiasa dihormati.Tambahan pula, masa itu amat berharga.
       Di samping itu, murid yang berdisiplin akan menumpukan perhatian semasa belajar.Mereka tidak akan membuang masa dengan berbual-bual kosong atau menganggu guru semasa mengajar.Melalui cara ini, murid-murid lebih disayangi oleh guru dan akan sentiasa diberi perhatian.

       Kesimpulanya, semua murid mestilah berdisiplin .Melalui didikan agama juga dapat melahirkan murid-murid yang berakhlak dan berdisiplin.
Baca Karangan »

Saturday 10 January 2015

Surat Rasmi : Memohon cuti kerana demam

7
Soalan : Kamu tidak hadir ke sekolah kerana demam.
Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memohon cuti.



Muhamad Ikhwan Hadi
378 Perumahan Panalex, Kerteh
24300 Kemaman
Terengganu
_______________________________________________________________________

Guru Kelas
Sekolah Kebangsaan Kerteh,
Kerteh
Kemaman                                                                                                                                           7 Oktober 2014

Assalamualaikum,

Memohon Cuti Kerana Demam

Dengan segala dimaklumkan bahawa saya, Muhammad Ikhwan Hadi tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari mulai esok 8 Oktober 2014

2.            Saya telah demam kerana meredah hujan ketika balik dari sekolah. Doktor menasihatkan saya agar berehat di rumah.

3.            Saya akan kembali semula ke sekolah pada 10 Oktober. Rakan sekelas saya, iaitu Afiq akan memaklumkan kepada saya semua kerja sekolah yang mesti dibuat.

4.            Diharap permohonan saya ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada cikgu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



----------------------------------
(Muhammad Ikhwan Hadi)


Baca Karangan »

Karangan Fakta : Faedah Menyertai Kokurikulum

46
Soalan : Setiap pelajar seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

Tulis tentang faedah-faedah menyertai kegiatan tersebut selengkapnya.

  Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti kokurikulum ialah perkhemahan, bersukan, berpesatuan dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum mengajar kita untuk berdikari.

  Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Kita akan belajar tentang latar belakang sukan atau persatuan, matlamat ia ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti pekhemahan, dan lawatan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman hidup.

  Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita tidak membuang masa dengan melakukan perkara sia-sia. Aktiviti kokurikulum yang diadakan diluar waktu sekolah menghindakan murid dari terdedah kepada unsur negatif yang terdapat di persekitaran.

  Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan melalui aktiviti sukan. Bersukan akan membuatkan badan kita sihat dan otak kita cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.

  Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk peribadi diri yang mulia untuk diri kita. Ia mengajar murid menepati masa, bantu membantu antara satu sama lain, bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan tugas.


  Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia membentuk murid berakhlak mulia dan memupuk jati diri. Aktiviti kokurikulum juga harus diperluas bagi memberikan lebih banyak faedah kepada murid-murid.   
Baca Karangan »

Karangan Syarahan : Faedah Bersukan

34
Soalan : Kamu telah terpilih sebagai Tokoh Olahragaan Sekolah
Kamu diminta menyampaikan syarahan tentang faedah-faedah bersukan.
Tulis syarahan tersebut selengkapnya.

  Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ”Faedah Bersukan”.

Hadirin yang dikasihi,
  Bersukan penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Jika bersukan, tubuh kita sentiasa cergas manakala minda pula menjadi cerdas. Keadaan ini pastinya dapat meningkatkan pretasi murid.

  Sukan juga berupaya memupuk semangat positif. Antaranya semangat juang, semangat sepasukan, serta semangat kesukanan. Pemupukan ini akan membentuk jati diri murid itu sendiri.

Hadirin yang dihormati,
  Di samping itu, bersukan memupuk perpaduan dalam karangan masyarakat. Apatah lagi Malaysia, percampuran pelbagai kaum dalam bidang sukan akan membentuk warga yang harmoni.

  Selain itu sukan akan meningkatkan imej murid di mata masyarakat. Murid yang berbakat dalam bidang sukan diberi layanan istimewa. Lebih-lebih lagi sukan kini menjadi sebahagian daripada kerjaya.

  Justeru, jadikan sukan amalan sepanjang hayat. Jika murid sihat, produktiviti negara akan meningkat.
Baca Karangan »

Thursday 8 January 2015

Lengkapkan Cerita

17
Soalan : Lengkapkan cerita di bawah.

Aku dan beberapa orang rakan baru sahaja sampai di pantai itu. Kami terus mencari tempat untuk berehat, tiba-tiba...

 Aku dan beberapa orang rakan baru sahaja sampai di pantai itu. Kami terus mencari tempat untuk berehat, tiba-tiba aku ternampak seorang kanak-kanak tenggelam timbul di permukaan air. Aku juga ternampak tangan kanak-kanak tersebut terkapai-kapai seperti sedang lemas.

  Aku menjerit meminta bantuan sambil berenang ke arah kanak-kanak itu. Dengan pantas aku menarik tangan kanak-kanak itu dan berenang ke pantai semula.

  Orang ramai yang berada di situ membantu saya mengangkut kanak-kanak itu. Seterusnya kanak-kanak itu diberi bantuan kecemasan. Seketika kemudian kanak-kanak itu mula sedar walaupun nampak lemah.

  Bapa kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih kepada aku kerana menyelamatkan anak beliau. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada aku agar lebih berhati-hati pada masa akan datang. Aku bersyukur dengan pengetahuan berenang aku, aku mampu menyelamatkan orang lain.

  Aku dan kawan-kawanku membatalkan hasrat untuk terus berkelah di situ. Selepas menikmati bekalan yang dibawa, kami terus pulang kerumah.
Baca Karangan »

Karangan Fakta : Faedah Menabung

50
Soalan : Kita sentiasa digalakkan menabung.

Tulis sebuah karangan mengenai faedah menabung.
 
  Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu perlu dipupuk sejak kecil.

  Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru baki duit yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan didalam tabung.

  Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti.

  Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untu mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan apabila keluarga ditimpa musibah.

  Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang didalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan bank. Wang ini boleh digunakan untuk kehidupan masa hadapan.

  Sesungguhnya menabung adalah amalan yang mulia. Oleh itu mulalah menabung dari sekarang kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Baca Karangan »